Tangki air ada bangkai ???


Kau tengok tangki simpanan air kat sebelah nie...
Bayangkanlah.. kalau tangki tu rumah kau..
baik kau orang tukar cepat2 beli yang lain..
Bahaya2.. benda2 cm nie la.. Boleh merosakkan akal anak,cucu rakyat malaysia... Mcm mana Malaysia nak maju... dari rumah kalau sumber yang kotor.. tu belum faktor2 lain lagi...
Ni artikel kosmo aku copy tadi..
Saje bagi tahu kat visitor blog... Kalau ada duit lebih beli yg product penapis air yang mahal2..
contohnya BIO aura.. ke..

KUALA LUMPUR - Pantang ada masalah air kotor berlaku, rata-rata kebanyakan 7.5 juta pengguna air di Kuala Lumpur, Putrajaya danSelangor biasanya 'menuding jari' kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Kadangkala tuduhan itu bukan semuanya salah Syabas malah ia juga berpunca daripada sikap pengguna sendiri mengakibatkan air yang disalurkan kotor, keruh dan berkeladak.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, masalah air kotor itu kebanyakannya berpunca daripada sistem paip dalaman di rumah pengguna yang tidak diservis dengan baik.

Hal itu terbukti melalui beberapa siri pemeriksaan tangki air rumah yang dilakukan Syabas sejak beberapa tahun lalu. Penemuan terbaru dibuat di sebuah rumah di Kampung Baru di sini semalam.

Sungguh menjijikkan apabila melihat tangki air yang diperiksa. Ia disaluti karat tebal, berlendir dan mengeluarkan bau busuk hingga kelihatan seperti sebuah tangki najis.

"Kebanyakan pengguna Syabas tidak menyedari bahawa masalah bekalan air paip kotor di rumah mereka kebanyakannya berpunca daripada sistem paip di dalam rumah," katanya ketika ditemui selepas program Turun Padang Syabas di sini semalam.

Menurut Abdul Halem, pemeriksaan Syabas mendapati kira-kira 80 peratus daripada 1,076 aduan bekalan air kotor yang diterima pihaknya sejak 6 April lalu berpunca daripada sistem paip atau tangki air di dalam rumah yang telah usang dan berkarat.


Reblog this post [with Zemanta]

Internal Security Act(ISA), Patutkah diteruskan??


TENTERA SPARTA 300 ORANG MENGHALANG TENTERA PARSI BERJUMLAH 100RIBU ORG.. DARIPADA CITER 300HUNDRED.. :p


Kali nie isu politik pulak... Sometimes malas layan2 isu2 cm nie.. Tapi bila umur dah nak meningkat.. pengalaman semakin byk2 ditempuhi.. Secara tak langsung aku brminat dgn2 isu2 politik sama dlm negara atau luar negara..
Sejak aku menjejaki di KL(Kota LAlai), ada 2 perhimpunan besar yg penuh aksi mengdebarkan(provokosi ,one, two, three, fire!!!) iaitu BERSIH dan HINDRAF.
Bersih pada 10November07, Hindraf pulak 25november07... Tak lama lagi pada tahun 09.. Pada tarikh 1 ogos 09perhimpunan MANSUH(entah jadi ke tak, tu pun kalau ALLAH S.W.T izinkan) bakal berlaku..
Adakah perhimpunan nie akan ramai sebagaimana perhimpunan bersih yg menghimpunkan 100ribu orang?? Adakah perhimpunan ini secara amam(Tu pun tanpa provokasi mana2 pihak la)
Bagi aku, perhimpunan mansuhkan ISA patut dijalankan JIKA pihak Kerajaan tidak mendengar masalah2 rakyat-rakyat yang ingin mansuhkan ISA... Tapi kalau kerajaan buat bodoh je.. baik buat perhimpunan je.. Biar dia tahu rakyat serius nak mansuhkan ISA...
Tapi pihak bukan kerajaan kena tahu juga.. Adakah ia mewakili suara majoriti rakyat yang hendak mansuhkan ISA..pihak yg menganjurkan ni pun kena tahu bukan semata2 nak tunjuk glamor, hero dan atau ada kepentingan politik...(kena ikhlas taw.. barulah diberkati usaha kita tu)
Bagi aku ada baik buruknya ISA nie.. Disitu ada kebaikan, disitu jugalah ada keburukan.. tetapi kita kena tengok adakah kebaikan melebihi keburukan.... ?? Kalau tujuan ISA nie untuk keamanan, untuk mengelakkn penganas2 main2 bom kat malaysia.. Aku setuju ISA diteruskan..
Tapi jika untuk kepentingan politik... memang aku fuck r..(SORRY)..
Apa kata kita imbas episod2 sejarah perhimpunan popular negara kita...
ANTARANYA PERHIMPUNAN BERSIH:-
BERITA AL-JAZEERA


BERITA TV3 PUNYA VERSION


LAWAK BERSIH

Bola

Emm.. nasib aku dapat wad first class. Nasib baik ayah aku staff airod company..So, secara tak langsung aku dapat kelebihan dari situ.. Esok aku dah nak keluar dari wad nie huhuhu, meninggalkn nurse yg lawa2.. sakit2 pun leh gatal2 lagi.. heheh biase r tu laki.. Nasib baik.. kat sini, leh online..tak lah boring sangat.. sambil2 baring2 leh usha blog, youtube.. surat khabar..
Aku happy do.. sebab apa.. CR9 dah menjaringkan gol pertama dia utk Real Madrid beb, nasi baik r.. aku tengok match ia melalui online.. jelas ia dikawal ketat oleh pasukan lawan.. Caya la beb..



Ni pulak aksi MUFC.. lawan dgn kelab argetina(boca juniors), yg aku terkejutnya aksi diorang kali nie.. free kick dari anderson.. lawa beb.. Aku harap MUFC boleh brgerak tanpa ayam tambatannya sebelum nie iaitu C.Ronaldo.

Harimau Mati meninggalkan belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama


Manusia mati meninggalkan Belang, Manusia Mati meninggalkan Nama.. mungkin gelaran tepat bagi Allahyarham Yasmin Ahmad.. Seorang manusia yang asalnya seorang pemuda bernama Zulkifli Ahmad.. aku terkejut beruk bila diberitahu pasal nie oleh mama aku semalam, Moga2 rohnya dicucuri Rahmat.. Al-Fatihah
Allahyarham aku mengenali melalui karya-karyanya melalui citer-citer yang menimbulkan konteravesi seperti muallaf (Syarifah Amani Botak)... Walauapapun aku bangga karya-karya beliau.. terutamanya iklan-iklan yg kat TV tu..
http://en.wikipedia.org/wiki/Yasmin_Ahmad

Filmography

films

  • Rabun
  • Sepet
  • Gubra
  • Mukhsin
  • Muallaf
  • Talentime

Commercials

  • Petronas TV Commercial (for Chinese New Year, Hari Raya, Deepavali & National Day)
  • Yuzy (2000) Petronas Road Safety Campaign
  • Vas Dentures (2000) Celcom
  • Tan Hong Ming In Love (2007) Petronas Merdeka Day commercial
  • Family (2008) for the Singaporean Ministry of Community Development, Youth and Sports
  • Funeral (2009) for the Singaporean Ministry of Community Development, Youth and Sports

Tan Hong Ming In Love (2007)



National Day Proton


Bapa




Aku Sepak KAng!!!!!!!

Ni Adalah karya beliau yg agak menyentuh hati....



Andai Kutahu..

Satu hari nanti aku akan kenal apa itu rasa cinta yg Sebenar,
Sebaiknya cinta yang berbalas hanyalah cinta pada ilahi..
Itu kata2 terakhir dari Seseorang kepada ku..




Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa.2x

Sakit

Kadang2 aku merasakan.. ada kenikmatan semasa sakit nie... aku sentiasa ingat kat ALLAH..
Kali nie.. Badan aku agak lemah, mana tak nya.. Sakit beguk(bengkak kelenjar di bwh telinga), kebas,sengal kat kaki yg cedera tempoh hari tu, mungkin aku rasa ni kesan sampingan daripada ubat pain killer yg aku makan selalu untuk hilangkan rasa sakit di kaki aku.. Aku dah fedup dah nie... aku dah lama rehat dari main taekwondo.. semua event tournament .. aku tak boleh join..
Fitness aku dah kurang.. badan dah lemah.. asyik ngantuk je.. Petang nie aku balik umah mak aku... Aku balik nak rehat betul2.. At least biar hilang beguk ni dulu.. baru aku dtg UTM balik..
Tapi aku tetap bersyukur... Sebab aku ada mak aku yg selalu care aku... Ye la.. mak mana tak sayangkan anaknya.. Thank u very much for my MOM.. I love u very well.. Azri janji dgn mama.. azrie takkn kawin selagi azrie tak senangkan mak dan nenek dulu... dan juga menjadi anak yg baik.. Amin..

harap maaf

salam.. Semua visitor blog2 aku, aku mintak maaf byk2 sebab blog aku ni tak boleh post comment... aku dah check setting ia.. tapi tetap still tak ok.. Aku nak edit template.. tapi malas pulak.. Apapun.. kalau nak comment apa2.. kau comment melalui chit chat box..
dari blogger (jeri)

Aku Bukan Untuk mu



Banyak dugaan@Cabaran yang perlu kita tempuhi di Dunia Ini.. Apapun!! Jangan Give-up!!
lagu ini banyak memberikan aku dorongan suatu ketika dahulu. Memang sakit bila cinta kita tak diterima atau didustai atau yg sekutu dgnnya... Namun kebahagian Insan yg bernama perempuan atau lelaki yg korang suka lebih penting, ini sudah cukup untuk korang membuktikan syg korang. Hati org tak leh paksa beb.... Baik Kita mencintai tuhan yg mencipta kita.. Amin...

Bagi yang Akan Mendirikan Masjid atau yang Dah..

1.KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Sumber http://sepiseorangkembara.blogspot.com/

FC Seoul vs Manchester United 2-3 Full Match Highlights & All The Goals (24-07-09)



Friendly match, MUFC vs Seoul FC... Final result, Manchester United won 3-2..

Minutes ke 24'[1 - 0] D. Damjanovic (FC Seoul)

Minutes ke 32'[1 - 1]W. Rooney (MUFC)

Minutes ke 45'[2 - 1]D. Damjanovic (FC Seoul)

Minutes ke 58'[2 - 2]F. Macheda (MUFC)

Minutes ke 65'[2 - 3]D. Berbatov (MUFC)



CRISTIANO RONALDO'S FIRST REAL MADRID GAME V SHAMROCK ROVERS



Aku harap. C. Ronaldo.. akan menyerlah di Real Madrid seperti mana di MU dulu. Kembalikan Piala Liga-liga juara Eropah! destroy Barcelona FC..

MICHAEL JACKSON : real reason why Michael Jackson die



MJ die while watch this video.... hahahahaha

Sejenak


Dunia Hanya Persinggahan

Sukatlah berbelanja dengan pendapatan
Terimalah budi adanya pemberian
Ukuran ini kat mana jawapan
Selamatlah diri dalam perantauan

Di dunia ini hanya sementara
Ke Akhirat kelak berpindahnya semua
Dengan bekalan kiranya ada
Kekal selamanya kita di sana

Amal yang salleh yang dilakukan
Sedekah jariah yang telah diberikan
Dan anak yang salleh itulah bekalan
Jadi penyelamat di akhir zaman

Ada yang dibuat di dunia
Sebesar zarah pun 'kan dikira
Baik dan buruk ada timbangannya
Menentukan untuk menerima ganjaranya

Demikian kita di perantauan ini
Hidup hanya menunggu mati
Segala suruhan usahlah diingkari
Larangan Tuhan hendaknya dijauhi

Air Stirrup Ankle Brace

Balik dari fisioterapi di orthopedic HKL... laporan perubatan dlm satu bulan lagi. fuhh.. tension betul.. bila la nak dpt duit nie... Ankle surgery ke tak??? kalau surgery lagi bagus.. Boleh aku kembali aktif balik dlm taekwondo, bola.. dll..
Ankle Brace produk yg aku beli di HKL dgn harga RM120..doktor yg cadangkan aku pakai benda nie.. dr segi keselesaan mantap r.
Air Stirrup Ankle Brace

aku cadangkan sapa yg aktif dll sukan.. prepare la duit, yg mana takda insuran tu..

NI pulak fuction2 ankle brace.


  • The “Standard” for the Functional Management of Ankle Care
  • The AIR Stirrup Ankle Brace provides medial and lateral support to stabilize the ankle joint.
  • Indicated to support the ankle following sprains, strains or after cast removal
  • Rigid brace shells fit the ankle comfortably and provide the needed medial/lateral stabilization
  • The sleek and slim profile of the AIR Stirrup brace permits use with athletic shoes.

Majlis Sukan Universiti Malaysia 09 (masum)

Tuah Rumah Masum kali ni di UUM sintok kedah.... Aku main acara taekwondo. mewakili UTM... NI semua Picture kenangan aku kat sana...
Taekwondo Team




Team Work!!!


Olympic Player Taekwondo, elaine Teo



UTM yg merah.. Kali ni rezeki aku takda.. Masum depan Insya allah.

Ligament ankle injury

Add Image

Ni contoh di atas apabila seseorang kena ligament ankle injury atau lebih dikenali terseliuh sendi buku lali.Apabila seliuh berlaku, tumit kaki akan terlipat ke arah dalam menyebabkan regangan pada ligamen luar. Jika regangan yang berlaku adalah tinggi, koyakan pada ligamen tersebut boleh berlaku.
So, kaki aku pun injured cm ni gak r. Accident masa main bola. Ala2 CR7. hehehe


Ni ligament kat ankle bagi sapa2 yg tak tahu.. peranan ligament (Ligaments are fibrous bands or sheets of connective tissue linking two or more bones, cartilages, or structures together.) sumber buku BIO adik aku.

Ada tiga tahap utk kecederaan ni...

1st degree:
*Sedikit perenggangan atau tiris kecil kepada ligamen.
*sedikit atau tiada ketidakfungsian - Sendi masih boleh berfungsi dan menahan bebanan badan tetapi merasa kesakitan.
*sedikit sakit
*Mengelembung sedikit
*Pergerakan sendi terbatas.

2nd degree:
*Sedikit teruk ketirisan pada ligamen
*Sederhana didalam ketidakstabilan sendi - tiada fungsi sendi
*sakit yang agak teruk - Menahan berat badan sangat sakit.
*mengelembung bengkak dan tidak bergerak

3rd degree:
*Kemusnahan keseluruhan pada ligamen - terdapat juga kehilangan pergerakan
*sendi tidak stabil secara pandangan gross - sendi tidak berfungsi
*kesakitan yang keterlaluan diikuti degan tiada rasa sakit kemudiannya (gangguan saraf)
*membengkak atau mengelembung yang teruk

FIRST AID FOR THIS INJURY
Pada semua jenis tahap kecederaan. ikutilah langkah R.I.C.E dengan secepat yang mungkin:

R - rest ur ankle -jangan berjalan

I - Ice - untuk mengurangkan kebengkakan. Guna ais pada kecederaan tersebut selama 15-20 minit pada beberapa waktu dalam sehari. (lebih 20 minit tidak digalakkan)

C - Compressive bandage diperlukan untuk menetapkan buku lali dan untuk menyokong kecederaan.

E - Elevate the ankle - angkat kaki anda keparas dada atau mengikut kemampuan anda selama 48 jam.

(jika seliuh ialan 2nd atau 3rd degree, sila mendapatkan nasihat dari perunding kesihatan dengan segera)

Rawatan perenggangan sendi buku lali:

Jika Seliuh sendi ialah 2nd degree, dan selain daripada teori R.I.C.E, alat menyokong buku lali juga diperlukan. Ubat 'Anti-inflammatory' seperti NSAIDs juga dapat membantu.

Jika seliuh sendi ialah 3rd degree, besi penyokong seperti tongkat diperlukan selama 2-3 minggu. Pembedahan untuk membaiki ligamen yang rosak juga sangat diperlukan.

pysical therapy seperti ultrasound dan manual therapy seperti urutan juga kerap dilakukan apabila fasa 'acute' atau 'sudden' berakhir.


Selepas rawatan dilakukan, pemantauan perlu dilakukan dengan melakukan baik pulih kesihatan dengan terbaik:

*Senaman untuk meningkatkan pembaikpulihan

*penyokongan sendi kaki untuk membantu aktiviti.

*Perenggangan otot dan senaman pemulasan

*bersukan secara berkala.

*kekalkan kecergasan dengan melakukan aktiviti lain.

Rawatan bukan pembedahan

- Terapi fizikal; melibatkan fisioterapi menggunakan pelbagai kaedah dan senaman pada buku lali bertujuan mengurangkan bengkak dan kesakitan, memperbaiki pergerakan dan keseimbangan sendi

- Bracing; pesakit boleh menggunakan brace atau alat sokongan luaran bagi menyokong sendi yang tercedera ketika melakukan aktiviti lasak atau bersukan. Brace yang sesuai dapat menghalang seliuh dari berulang.

- Ubat-ubatan; ubat penahan sakit boleh digunakan ketika sakit untuk mengurangkan kesakitan dan radang.

Pembedahan

Pembedahan perlu jika tahap kecederaan adalah teruk dan pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan selepas rawatan bukan pembedahan diberikan.

Ligamen yang longgar boleh diperkuatkan kembali melalui teknik pembedahan. Pembedahan selalunya memberikan hasil yang baik dalam pemulihan sendi buku lali pesakit.

Pesakit akan berupaya untuk kembali aktif dalam bersukan tanpa berasa bimbang buku lali beliau akan mudah terseliuh kembali.

latihan untuk 'pyhsio therapy' sendi kaki yang tercedera

Tarik kaki untuk senaman pergerakkan - dimulakan degan menggunakan kain dan menarik kaki anda perlahan-lahan. ulang beberapa kali.



KESEIMBANGAN - seimbangkan badan anda dengan berdiri satu kaki. ulang beberapa kali dlm sehari. jgn paksa diri kalau tak boleh buat.



PENGUATAN - dimulakan dengan menolak kaki melawan dinding. tahan sehingga 3 saat. ulang sebanyak 20 kali. beberapa kali dalam sehari. kemudiannya gunakan tali elastik dan ikat kaki anda dengan kemudiannya gerakkan kaki melawan daya tarikan tali tersebut.

*JANGAN PAKSA DIRI KALAU TAK LEH BUAT SENAMAN NI. BUAT SEKADAR TERMAMPU

Masa


1.Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. (al-Qur’an)

2. Bila anda menguasai masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga apa yang mereka mampu capai dalam sedekad! (Anthony Robbins)

3. Anda tidak akan berjumpa masa untuk sesuatu. Jika anda mahukan masa, anda mesti mencipta masa. (Charles Buxton)

4. Mereka yang teruk dalam mengurus masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa. (La Bruyere)
5. Tiada apa milik kita kecuali masa. (Geothe)

6. Mereka yang memiliki masa memilii segalanya. (Benjamin Disraeli)

7. Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. (Pepatah Cina)

8. Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)

9. Anda sentiasa menangguh, tetapi masa tidak berbuat demikian. (Benjamin Franklin)

10. Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi. (Benjamin Franklin)

*petikan dr kuasaMotivasi.com

Starting



Kenapa aku cakap cm tu.. sebab aku telah memulakan langkah baru aku dlm dunia penulisan blog.
So.. aku harap blog ni berkekalan.. dan korang semua support la aku.