Ligament ankle injury

Add Image

Ni contoh di atas apabila seseorang kena ligament ankle injury atau lebih dikenali terseliuh sendi buku lali.Apabila seliuh berlaku, tumit kaki akan terlipat ke arah dalam menyebabkan regangan pada ligamen luar. Jika regangan yang berlaku adalah tinggi, koyakan pada ligamen tersebut boleh berlaku.
So, kaki aku pun injured cm ni gak r. Accident masa main bola. Ala2 CR7. hehehe


Ni ligament kat ankle bagi sapa2 yg tak tahu.. peranan ligament (Ligaments are fibrous bands or sheets of connective tissue linking two or more bones, cartilages, or structures together.) sumber buku BIO adik aku.

Ada tiga tahap utk kecederaan ni...

1st degree:
*Sedikit perenggangan atau tiris kecil kepada ligamen.
*sedikit atau tiada ketidakfungsian - Sendi masih boleh berfungsi dan menahan bebanan badan tetapi merasa kesakitan.
*sedikit sakit
*Mengelembung sedikit
*Pergerakan sendi terbatas.

2nd degree:
*Sedikit teruk ketirisan pada ligamen
*Sederhana didalam ketidakstabilan sendi - tiada fungsi sendi
*sakit yang agak teruk - Menahan berat badan sangat sakit.
*mengelembung bengkak dan tidak bergerak

3rd degree:
*Kemusnahan keseluruhan pada ligamen - terdapat juga kehilangan pergerakan
*sendi tidak stabil secara pandangan gross - sendi tidak berfungsi
*kesakitan yang keterlaluan diikuti degan tiada rasa sakit kemudiannya (gangguan saraf)
*membengkak atau mengelembung yang teruk

FIRST AID FOR THIS INJURY
Pada semua jenis tahap kecederaan. ikutilah langkah R.I.C.E dengan secepat yang mungkin:

R - rest ur ankle -jangan berjalan

I - Ice - untuk mengurangkan kebengkakan. Guna ais pada kecederaan tersebut selama 15-20 minit pada beberapa waktu dalam sehari. (lebih 20 minit tidak digalakkan)

C - Compressive bandage diperlukan untuk menetapkan buku lali dan untuk menyokong kecederaan.

E - Elevate the ankle - angkat kaki anda keparas dada atau mengikut kemampuan anda selama 48 jam.

(jika seliuh ialan 2nd atau 3rd degree, sila mendapatkan nasihat dari perunding kesihatan dengan segera)

Rawatan perenggangan sendi buku lali:

Jika Seliuh sendi ialah 2nd degree, dan selain daripada teori R.I.C.E, alat menyokong buku lali juga diperlukan. Ubat 'Anti-inflammatory' seperti NSAIDs juga dapat membantu.

Jika seliuh sendi ialah 3rd degree, besi penyokong seperti tongkat diperlukan selama 2-3 minggu. Pembedahan untuk membaiki ligamen yang rosak juga sangat diperlukan.

pysical therapy seperti ultrasound dan manual therapy seperti urutan juga kerap dilakukan apabila fasa 'acute' atau 'sudden' berakhir.


Selepas rawatan dilakukan, pemantauan perlu dilakukan dengan melakukan baik pulih kesihatan dengan terbaik:

*Senaman untuk meningkatkan pembaikpulihan

*penyokongan sendi kaki untuk membantu aktiviti.

*Perenggangan otot dan senaman pemulasan

*bersukan secara berkala.

*kekalkan kecergasan dengan melakukan aktiviti lain.

Rawatan bukan pembedahan

- Terapi fizikal; melibatkan fisioterapi menggunakan pelbagai kaedah dan senaman pada buku lali bertujuan mengurangkan bengkak dan kesakitan, memperbaiki pergerakan dan keseimbangan sendi

- Bracing; pesakit boleh menggunakan brace atau alat sokongan luaran bagi menyokong sendi yang tercedera ketika melakukan aktiviti lasak atau bersukan. Brace yang sesuai dapat menghalang seliuh dari berulang.

- Ubat-ubatan; ubat penahan sakit boleh digunakan ketika sakit untuk mengurangkan kesakitan dan radang.

Pembedahan

Pembedahan perlu jika tahap kecederaan adalah teruk dan pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan selepas rawatan bukan pembedahan diberikan.

Ligamen yang longgar boleh diperkuatkan kembali melalui teknik pembedahan. Pembedahan selalunya memberikan hasil yang baik dalam pemulihan sendi buku lali pesakit.

Pesakit akan berupaya untuk kembali aktif dalam bersukan tanpa berasa bimbang buku lali beliau akan mudah terseliuh kembali.

latihan untuk 'pyhsio therapy' sendi kaki yang tercedera

Tarik kaki untuk senaman pergerakkan - dimulakan degan menggunakan kain dan menarik kaki anda perlahan-lahan. ulang beberapa kali.



KESEIMBANGAN - seimbangkan badan anda dengan berdiri satu kaki. ulang beberapa kali dlm sehari. jgn paksa diri kalau tak boleh buat.



PENGUATAN - dimulakan dengan menolak kaki melawan dinding. tahan sehingga 3 saat. ulang sebanyak 20 kali. beberapa kali dalam sehari. kemudiannya gunakan tali elastik dan ikat kaki anda dengan kemudiannya gerakkan kaki melawan daya tarikan tali tersebut.

*JANGAN PAKSA DIRI KALAU TAK LEH BUAT SENAMAN NI. BUAT SEKADAR TERMAMPU
0 Responses